Monday, June 4, 2012

Perkara 20: Perkara 7 - Hak Pemisah

Perkara 7: HAK PEMISAH

“TIDAK HARUS ADA SEBARANG HAK UNTUK BERPISAH DARIPADA PERSEKUTUAN.”


Di dalam Perjanjian Malaysia 1963, Perkara 7 tidak boleh diubah oleh mana-mana kabinet baik Negeri mahupun Persekutuan kerana ia telah termaktub dalam perjanjian bahawa Sabah tidak boleh dikeluarkan daripada Malaysia.
Persetujuan dibuat ekoran Sabah pada ketika itu menjadi  tuntutan Kerajaan Indonesia dan Kerajaan Filipina. Demi mengelak sesuatu yang tidak diingini  maka termaktublah Perkara 7 yang menjamin kedudukan Sabah di dalam Malaysia.

Pemimpin kita selalu ingatkan kita tentang tuntutan Filipina dan Indonesia terhadap Sabah kalau kita tidak turut serta dalam pembentukkan Malaysia dulu. Ataupun jika kita (Sabah) keluar dari Malaysia. Ada pula yang kata mereka mengugut dan pembohong! Cakap memang senangkan, hari ini saya sertakan cuma sedikit link dari website atau blog Filipina (bukan Malaysia!). Mereka cukup percaya dengan pemilikkan negara mereka terhadap Sabah. baca saja komen-komen yang ada antara mereka rakyat Filipina, boleh meremang bola roma saya...