Monday, November 1, 2010

Saya Sayang Sabah dan Malaysia


 Orang Sabah sudah cukup terkenal dengan semangat jati negeri yang tebal, mereka sayangkan negeri mereka dan mereka berbangga menjadi orang Sabah. Dan semangat toleransi antara kaum di Sabah juga adalah “second to none” iaitu begitu erat sekali. Jika anda bertemu seorang anak Sabah diluar negeri dan anda bertanya dia orang apa, akan dijawabnya “saya orang Sabah” bukannya “saya orang Kadazan/Dusun, atau Bajau, Jawa, Bugis” dan sebagainya. Begitu bangganya mereka dengan identity diri mereka ini.
Tapi rakyat Sabah tidak bodoh dan juga tidak sombong. Sesiapa saja orang luar yang datang ke negeri ini tetap akan dilayan dengan mesra dan hormat sekali asalkan orang luar ini juga datang dengan hormat dan mesra. Oleh itu slogan “Sabah for Sabahan” yang dilaungkan oleh Yong Teck Lee dilihat sebagai bersifat kenegerian sempit dan tidak melambangkan semangat rakyat Sabah sebenar. Yong Teck Lee cuba bermain isu perkauman, memecahbelahkan perpaduan antara negeri Sabah dan negeri-negeri lain di bawah bumbung negara Malaysia. Bayangkan jika rakyat Sabah menerima slogan “Sabah for Sabahan” ini bagaimanakah nasib yang akan diterima oleh rakyat-rakyat Sabah yang tinggal di perantauan orang. Mereka mungkin akan disisihkan, dipulau oleh rakyat dari negeri lain disebabkan oleh slogan sempit Yong teck Lee ini.

No comments:

Post a Comment