Monday, June 4, 2012

Perkara 20: Perkara 7 - Hak Pemisah

Perkara 7: HAK PEMISAH

“TIDAK HARUS ADA SEBARANG HAK UNTUK BERPISAH DARIPADA PERSEKUTUAN.”


Di dalam Perjanjian Malaysia 1963, Perkara 7 tidak boleh diubah oleh mana-mana kabinet baik Negeri mahupun Persekutuan kerana ia telah termaktub dalam perjanjian bahawa Sabah tidak boleh dikeluarkan daripada Malaysia.
Persetujuan dibuat ekoran Sabah pada ketika itu menjadi  tuntutan Kerajaan Indonesia dan Kerajaan Filipina. Demi mengelak sesuatu yang tidak diingini  maka termaktublah Perkara 7 yang menjamin kedudukan Sabah di dalam Malaysia.

Pemimpin kita selalu ingatkan kita tentang tuntutan Filipina dan Indonesia terhadap Sabah kalau kita tidak turut serta dalam pembentukkan Malaysia dulu. Ataupun jika kita (Sabah) keluar dari Malaysia. Ada pula yang kata mereka mengugut dan pembohong! Cakap memang senangkan, hari ini saya sertakan cuma sedikit link dari website atau blog Filipina (bukan Malaysia!). Mereka cukup percaya dengan pemilikkan negara mereka terhadap Sabah. baca saja komen-komen yang ada antara mereka rakyat Filipina, boleh meremang bola roma saya...

Wednesday, May 30, 2012

Janji-janji Pakatan Rakyat tahun 2008

Pakatan Rakyat ternyata hanya tahu berjanji tetapi tidak tahu untuk mengotakannya. Sampai sekarang, semakin banyak janji-janji palsu Pakatan Rakyat terbongkar kerana belum dilaksanakan!


  1. Janji melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan di setiap majlis perbandaran dan majlis daerah. BELUM TERLAKSANA! (DAP)
  2. Janji kerajaan PAS untuk memberikan kebebasan kepada kakitangan awam untuk menyertai parti politik secara aktif tanpa sebarang sekatan. BELUM TERLAKSANA!
  3. Janji kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat memberikan cuti bersalin selama 3 bulan kepada kaum wanita bekerja di negeri pentadbirannya, BELUM TERLAKSANA!
  4. Janji kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan cukai rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersil 10%. BELUM TERLAKSANA!
  5. Janji kerajaan Pakatan Rakyat untuk menyediakan bantuan modal dan kadar sewa premis paling minimum kepada belia dan surirumah yang berminat menjalankan perniagaan. BELUM TERLAKSANA!
  6. Janji kerajaan Pakatan Rakyat membela nasib golongan miskin seperti petani dan nelayan supaya mampu mempunyai pendapatan melebihi dari garis kemiskinan. BELUM TERLAKSANA!
  7. Janji kerajaan Pakatan Rakyat untuk menggantikan skim Rukun Tetangga dengan sistem yang lebih cekap di kawasan perumahan. BELUM TERLAKSANA!
  8. Janji kerajaan DAP untuk membatalkan caj parking letak kereta pada hujung minggu di Pulau Pinang. BELUM TERLAKSANA!
PARTI PEMBANGKANG...BANYAK BOHONG BANYAK TEMBERANG!

Jawapan untuk isu Bornenisasi STAR part.2


Senarai nama Ketua Badan berkanun Persekutuan Di Sabah

1.       Y.BHG. DATUK DR. KAMARUZAMAN HAJI AMPON: Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah
2.       TUAN HAJI KAMARUZZAMAN BIN AB. SALLEH: Pengarah Hasil Negeri Sabah, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Negeri Sabah
3.       Y.BHG. DR. HAJI ABDUL KADIR HAJI ROSLINE: Rektor Universiti Teknologi Mara Kampus Negeri Sabah.
4.       TUAN HAJI JUANY BIN HAJI SALLEH: Pengurus Besar Wlayah Felda Wilayah Sahabat Lahad Datu
5.       PUAN HAJAH MARIAM BINTI HAJI HASSAN: Pengarah PERKESO Negeri Sabah, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
6.       TUAN HAJI KHAIRAN BIN UNTOH: Pengurus Besar SIRIM Cawangan Sabah
7.       ENCIK DARIMAN HAJI DARHAM: Pengarah Lembaga Getah Malaysia Pejabat LGM Wilayah Sabah
8.       PUAN ANITA BINTI MASUARI: Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah
9.       ENCIK MAZREE IMAN: Pengarah Wilayah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Sabah
10.   ENCIK RIBIN BIN HAJI WAHID: Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah
11.   ENCIK NEWMOND TIBIN: Ketua Biro Bernama, Bernama Sabah
12.   PUAN IZZRIYANA KAMALIA BT ABDULLAH: Ketua Wilayah KWSP Sabah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Kota Kinabalu
13.   ENCIK SULAIMAN MOHD NOOR: Pengarah Negeri Bank Simpanan Nasional Cawangan Negeri Sabah
14.   ENCIK SELABI BIN MOHAMMAD: Pengurus Cawangan Sabah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)
15.   PUAN NURLAILA BINTI SAID: Pengurus Kanan Rangkaian TAHA, Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah, JPM
16.   ENCIK MOHD HUSSIN ABD SALAM: Pengurus Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Sabah
17.   ENCIK LOKSIN BIN AMIT: Pengurus PERHEBAT Negeri (PERHEBAT) Cawangan Negeri Sabah
18.   SITI NOORUL FAEZAH BT DATUK YUNUS: Ketua Pejabat Wilayah Sabah Perbadanan Nasional Sabah

Jawapan untuk isu Borneonisasi STAR

Jawatan utama di Sabah dari yang tertinggi, TYT YDP negeri, Ketua Menteri, Menteri-Menteri, Pembantu Menteri, SKN, T/SKN, SUT, T/SUT, Pengarah dan lain-lain hendaklah di isi oleh anak-anak Sabah. Hakikatnya, jawatan Persekutuan di Sabah hampir kesemuanya telah pun di pegang oleh anak-anak SABAH. Senarai nama Ketua Jabatan Persekutuan Di Sabah

1. Ketua Hakim Syarie negeri Sabah: Y.BHG. DATUK JASRI @ NASIP BIN MAT JAKIR
2. Pengarah Imigresen Sabah: TUAN HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK
3. Pengarah Tenaga Kerja Sabah Jabatan Tenaga Kerja Sabah: Y.BHG. DATUK HAJAH SITI AISHAH BINTI MOHD ASRI
4. Pegawai Persekutuan Sabah Perbendaharaan Malaysia Sabah: Y.BHG. DATUK YUSOF BIN HAJI SARANGIT
5. Pengarah Pelajaran Sabah jabatan Pelajaran Negeri Sabah: Y.BHG. DATUK DR. HAJI MUHIDDIN YUSIN
6. Pegawai Kemajuan negeri pejabat Pembangunan Negeri Sabah: Y.BHG. DATUK HAJI MATUSIN BIN SUNSANG
7. Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Sabah: TUAN HAJI JANATHAN BINBANG 
8. Pengarah Wilayah II jabatan Penerbangan Awam (DCA) Sabah: ENCIK MAHMUD BIN HAJI AMAT SHAH
9. Pengarah Jabatan Mineral dan GeoSains Malaysia, Sabah: ENCIK ALEXANDER YAN SZE WAH 10. Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Sabah: ENCIK ISMAIL BIN AHMAD 
11. Pengarah Bahagian Pembangunan Pemantauan Projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: ENCIK SAMSUL BIN DOLLAH
12. Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Sabah: TUAN HAJI ALMAIN BIN AJIRUL
13. Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sabah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sabah: PUAN RAMLAH BIN AMIR 
14. Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sabah: ENCIK ABDUL MALIK BIN TUSSIN 15. Timbalan Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Sabah, Makmal Negeri Sabah: PUAN ONG JEOK CHIN 
16. Ketua Penolong Pengarah bahagian Pasca Perkhidmatan Cawangan Sabah (Pencen): ENCIK MOHD HEKAM BIN TERIMOH
17. Setiausaha Bahagian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA): ENCIK MUSA BIN SULAIMAN
18. Ketua Pegawai Pentadbir Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP): CIK SH. SITTI SALEHA HABIB YUSSOF
19. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah: TUAN HAJI ABDUL MANAP BIN LAKARIBA 20. Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah: TUAN HAJI MOHD DAHALI BIN HAJI MATSIN 
21. Timbalan Pengarah (Persekutuan) jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah: ENCIK SAID BIN HAJI SIDUP 
22. Timbalan Pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Sabah: PUAN HAJAH TUNGANAI DATU ALANG 
23. Pengarah Penjara Sabah: TUAN SURIA BIN HAJI IDRIS 
24. Pengarah Penyiaran kawasan Sabah, Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah: ENCIK ALI BIN NGASIO 25. Pengarah Pusat Latihan Kecemerlangan koperasi (PULAKOP): ENCIK KASTIAN BIN HAJI DULA 26. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Racun Perosak: PUAN SALMAH BTE LABULLA 
27. Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP): ENCIK MUSTAL BIN MAKMUD
28. Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sabah: PUAN JUNARIAH BINTI DATU DERIN 
29. Pengarah Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Malaysia, Sabah: ENCIK SAMASUDDIN BIN LAWE 
30. Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Sabah: ENCIK HUMFREY J. SUIMIN 
31. Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sabah: ENCIK GEORGIE ABAS 
32. Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Sabah: ENCIK AZMAN POJI 33. Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia, Negeri Sabah: CIK NELY NASIR 
34. Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Persekutuan (KEMAS) Negeri Sabah: CIK ANISAH BINTI SAIDIN
35. Pengarah Agensi AntiDadah Kebangsaan Negeri Sabah: ENCIK BAKRI BIN BIBI 
36. Pengarah Kesatuan Sekerja Sabah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja: TUAN HAJI RAHMAN BIN MINTEK 
37. Penolong Pendaftar Mahkamah Perusahaan Kota Kinabalu: ENCIK AUGUSTINE WONG MING KONG 
38. Pengarah Negeri Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Sabah: PUAN AMISAH BINTI ZAKARIAH 
39. Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya JKJR) Sabah: ENCIK HERDIANSAH BIN ABDUL KARIM 
40. Ketua Cawangan Kawal Selia Padi dan Beras: ENCIK MOHD AMIN BIN AW. JALLEH 
41. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Negeri Sabah: MEJAR MAT JIAMIN BIN MADDALASI

Monday, November 1, 2010

Saya Sayang Sabah dan Malaysia


 Orang Sabah sudah cukup terkenal dengan semangat jati negeri yang tebal, mereka sayangkan negeri mereka dan mereka berbangga menjadi orang Sabah. Dan semangat toleransi antara kaum di Sabah juga adalah “second to none” iaitu begitu erat sekali. Jika anda bertemu seorang anak Sabah diluar negeri dan anda bertanya dia orang apa, akan dijawabnya “saya orang Sabah” bukannya “saya orang Kadazan/Dusun, atau Bajau, Jawa, Bugis” dan sebagainya. Begitu bangganya mereka dengan identity diri mereka ini.
Tapi rakyat Sabah tidak bodoh dan juga tidak sombong. Sesiapa saja orang luar yang datang ke negeri ini tetap akan dilayan dengan mesra dan hormat sekali asalkan orang luar ini juga datang dengan hormat dan mesra. Oleh itu slogan “Sabah for Sabahan” yang dilaungkan oleh Yong Teck Lee dilihat sebagai bersifat kenegerian sempit dan tidak melambangkan semangat rakyat Sabah sebenar. Yong Teck Lee cuba bermain isu perkauman, memecahbelahkan perpaduan antara negeri Sabah dan negeri-negeri lain di bawah bumbung negara Malaysia. Bayangkan jika rakyat Sabah menerima slogan “Sabah for Sabahan” ini bagaimanakah nasib yang akan diterima oleh rakyat-rakyat Sabah yang tinggal di perantauan orang. Mereka mungkin akan disisihkan, dipulau oleh rakyat dari negeri lain disebabkan oleh slogan sempit Yong teck Lee ini.

Analisa PRK Batu Sapi

image from sabahkini.net

Pilihanraya kecil P.185 Batu Sapi, Sandakan menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara PBS(BN), PKR(PR) dan SAPP. Semasa penamaan calon pagi tadi dilaporkan calon BN diiringi lebih kurang 10 ribu orang penyokong berbanding calon PR lebih kurang 300 orang. Calon SAPP pula jumlah penyokong yang mengiringi calonnya Yong Teck Lee boleh dikira dengan tangan.
Petanda awal ini sudah membayangkan kebenaran kata-kata Datuk Musa Aman, parlimen Batu Sapi adalah kubu kuat BN dan sebarang usaha untuk merampas Batu Sapi dari BN adalah tugas sukar buat Pakatan serta SAPP. Pemilihan calon BN, Datin Linda Tsen isteri mendiang Datuk Edmund Chong  adalah satu pilihan yang berani dan bijak. Selain mampu meraih simpati dari pengundi tempatan Batu Sapi, pemilihan calon wanita ini juga mampu merangsang lebih ramai kehadiran pengundi dari kaum wanita. Tidak cukup dengan itu, faktor calon selaku anak tempatan kelahiran Sandakan juga sebenarnya memberi kelebihan kerana dua calon PR dan SAPP ini merupakan calon luar.
Anwar Ibrahim sekali lagi menunjukkan sifat ‘selfish’ beliau yang tidak mengambil kira pandangan dan suara penyokong PKR Batu Sapi yang inginkan anak tempatan Sandakan Hasnar Ebrahim dijadikan calon PKR di sana. Bayangkan jika Anwar Ibrahim berjaya menakluk Putrajaya besar kemungkinan Ketua Menteri Sabah pun dpegang oleh orang luar. Dan itu tidak mustahil (llihat saja Azmin Ali pernah memegang jawatan Ketua PKR Sabah sebelum ‘ditendang’ oleh Jeffrey Kitingan).
Bagi SAPP dan Yong Teck Lee, kita tidak tahu apa sebenarnya yang ingin mereka capai dari pilihanraya ini. Jika menang sekalipun tidak banyak perubahan yang mampu mereka lakukan. Pengundi Batu Sapi bukannya bodoh. Mereka lebih matang dan tahu Yong Teck Lee tidak ikhlas dalam memperjuangkan nasib mereka dan hanya mengejar agenda peribadinya sama seperti Anwar Ibrahim.
Walau bagaimanapun, dijangka Barisan Nasional akan menang dalam prk P.185 batu Sapi ini dengan majoriti berkurangan. Antara faktornya, bekas penyokong-penyokong USNO yang kecil hati kerana permohonan penubuhan Kelab USNO tidak dilayan menyebabkan anak Allahyarham Tun Mustapha sendiri nekad beralih angin membantu Pakatan Rakyat. Tidak diketahui adakah semua bekas penyokong USNO akan mengikut jejak langkah pemimpin mereka.
Disamping itu faktor pengundi Cina yang dapat kita lihat dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini banyak beralih kepada pembangkang. Adakah sentimen sama akan dapat kita lihat di parlimen Batu Sapi? Walaupun hanya mewakili lebih kurang 30% dari jumlah pengundi keseluruhan, sekiranya mereka beralih arah majoriti kemenangan BN pasti berkurangan dengan lebih besar lagi!

Saturday, August 15, 2009

DAP ingin buat demonstrasi di Kota Kinabalu

DAP Sabah baru-baru ini melalui Dr. Hiew King Cheu berkata mereka merancang untuk mengadakan satu demonstrasi aman mengenai masalah bekalan elektrik pada 30 Ogos di depan ibu pejabat SESB di Karamunsing serta pejabat SESB di Sandakan dan Tawau. Demonstrasi itu dibuat bagi menyerahkan surat protes dan maklumat terperinci kerugian individu-individu akibat masalah bekalan elektrik terputus yang sering berlaku. Di samping itu, mereka juga ingin mengemukakan saman terhadap SESB atas masalah bekalan elektrik yang sering terjadi kebelakangan ini terutamanya di kawasan pantai timur Sabah.
Kalau mahu saman, saman sajalah kenapa ingin di buat demonstrasi lagi? Sekurang-kurangnya tindakan itu dibuat berasaskan undang-undang negara. Demonstrasi tetap demonstrasi walau ingin dibuat secara aman. Mampukah Dr. Hiew menjamin demonstrasi itu akan berjalan secara aman. Pepatah selalu mengatakan ‘jangan bermain dengan api nanti mampu membakar diri’. Mungkin niat asalnya ingin dibuat demonstrasi secara aman, tapi jika ada segelintir pihak yang terlalu mengikut emosi atau sengaja ingin membuat kacau pasti keadaan mampu jadi kucar-kacir. Tidak perlulah saya ulaskan disini, pasti sesiapa pun dapat bayangkan jika berlaku kekacauan di ibu kota pasti akan merugikan serta mampu membawa kecelakaan kepada orang awam dan harta benda. Janganlah cuba meniru politik pembangkang di semenanjung, sering buat demonstrasi yang terbukti membawa kerugian kepada negara.
Selain itu, jika dilihat tarikh ingin diadakan demonstrasi tersebut, 30 Ogos adalah hari minggu. Masyarakat kota ramai yang keluar ingin membeli-belah atau meluangkan masa bersama keluarga. Ibu pejabat SESB terletak berhampiran dengan Kompleks membeli belah Karamunsing, bayangkan saja demonstrasi tersebut pasti akan menakutkan orang ramai untuk pergi ke Kompleks Karamunsing, impaknya pasti pada peniaga-peniaga di kompleks berkenaan, yang pasti berharap kehadiran pengunjung yang lebih pada hari minggu berbanding hari-hari biasa. Ironik sekali DAP ini, demonstrasi dibuat bagi menyerahkan maklumat kerugian orang ramai akibat bekalan elektrik yang sering terputus, namun bagaimana pula dengan kerugian yang bakal dialami oleh peniaga-peniaga di Kompleks Karamunsing nanti?
Nota peribadi editor: kamu rasa CM kita suka ka kalau teda elektrik? Dia mo tingu tv pun susah nanti. Saya punya point, teda sepa yg suka kalau letrik putus, semua susah buat kerja kerajaan pun rugi. Sepatutnya masalah ini walaupun kita semua berbeza pahaman politik, namun sama-samalah bah bekerjasama bah solution kongkrit. Itu demonstrasi bikin traffic jammed seja nanti bikin susah urang mo jalan-jalan.